Salam Syaaban u olss..
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah
atau berpuak-puak. 
Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada
 beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, 
beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang.
 Rasulullah SAW telah menyebut
tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
 Diantara hadis
yang paling masyhur ialah; 
Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,
Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan
Syaaban?
” Para sahabat menjawab, 
Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda
Rasulullah SAW, 
“Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak
sekali.
” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
   
 
  | 
Bulan Syaaban merupakan bulan
  kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.  
Sebahagian ahli hikmah
  menyatakan bahawa  
sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta
  ampun dari segala dosa,  
pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk
  memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa
  untuk menerangkan hati dan jiwa. 
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban
  adalah: 
Memperbanyakkan puasa sunatSebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih
       gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan
       bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat
       Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak
       dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
 
 Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang
       menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:
       "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga
       hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka
       Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan
       seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh
       tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang
       mati syahid."
 Memperbanyak doa, zikir dan
       berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
        Sabda Rasulullah S.A.W.:
       "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada
       Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka
       Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun
       itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab
       Zubdatul Wa'izhin)Bertaubat
        Diriwayatkan dari Umamah Al
       Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang
       maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan
       perbaiki niatmu." 
sumber diatas di cetak dr google | 
 
2 comments:
good sharing..
mama isha: heheh paste & cut je frm google
Post a Comment